Kenapa pilih STAM ?

ASSALAMUALAIKUM
Image result for gambar gif sedih

Lagi berapa hari je lagi nak buka sekolah.

Dalam masa dua tiga hari ni sis dok menghitung hari je. 

Pelik kan, padahal budak budak lepas spm ni lagi nak buka sekolah, lagi dok sedap dengkur kaw kaw punya tunjuk dekat adik adik yang kau tak payah susah susah beli baju sekolah dah pe semua. Tapi TIDAK untuk aku. Nak buka sekolah dah ni la jiwa aku makin kacau. Dok berdebaq je tiap hari.

Buka je tahun baru 2019 ni, maknanya aku dah kena sambung perjuangan untuk stam. Actually aku sedar yang aku tak boleh mengeluh untuk semua benda ni. Sebab ni sendiri jalan yang aku pilih. Jalan yang aku pilih untuk masa depan aku. Ummi dan abah memang mengharap untuk aku ambil stam tapi diorang tak paksa. Terpulang pada aku sendiri.

Jadi, memandangkan bila aku cakap je yang stam ni memang pilihan aku sendiri, ramai gaklah yang tanya kenapa aku pilih jalan untuk ke stam. Sebab ada setengah orang bukan tak layak pun nak ambil stam, tapi memang diorang sendiri tak minat. 

Okay meh aku jawab. Dan bagi sesiapa yang tak tahu arah lepasan stam atau tak tahu pun stam tu apa bolehlah buat entri aku jadi panduan. Mana yang rasa mengena tu, bolehlah ambil jadi rujukan. Manatahu korang berminat ehehehe. 

Aku nak ambil stam, sebab aku memang minat nak pergi arah bidang agama. Hatta kalau aku apply asasi ke diploma ke pun maybe aku akan apply bidang yang sama. Ada juga lah bidang lain yang aku minat, tapi mungkin dia akan jadi pilihan kedua dan ketiga aku. Dan lepas je stam, boleh apply universiti masuk degree terus. Belajar pun 10 bulan je, pastu boleh goyang kaki 10 bulan pula kat rumah. Actually, sebelum spm lagi aku dah set dah laluan aku lepas spm nanti. Adalah beberapa pilihan yang aku nak tapi biarlah rahsia muahahaha. 

Dan stam adalah salah satunya dalam future plans aku. Cumanya, stam bukan pilihan pertama aku.  

Dah tu asal kau terima stam weh? Buat penat badan je lah belajar bulan bulan lastly kau pergi pilihan pertama kau. Memang kalau aku fikir penat belajar, aku dah lama tolak stam. Aku dah lama buang mentah mentah salah satu pilihan aku tu. Yelah orang dok berbungkus selimut berdengkur kat rumah, aku bulan satu dah kena masuk sekolah. Memang buat penat je kalau tak habiskan je stam.

Tapi, bila aku fikir balik, aku dah pun dapat tawaran. Lagipun memang aku minat, bukannya aku tak minat. So, apa salahnya kalau aku cuba. Cuba grab peluang depan mata. Kita tak tahu masa depan kita. Kalau tak direzekikan ke asasi atau ipg, aku boleh je teruskan stam. Atleast lepastuh boleh pergi degree terus. Jalan masa depan dah terbentang depan mata, tunggu aku je nak corakkan.

Oh jadi kau nak jadikan stam as a backup plan kau lah ni? Kalau kau tak dapat asasi atau ipg? Ahahahaha salah satu pertanyaan yang aku sendu gila bila dengar. Bukan maksud aku nak jadikan stam sebagai backup. Takde pun dalam niat aku. Aku minat stam, cuma kalau ada rezeki result spm gempak dapat asasi atau ipg apa salahnya aku pergi ambil peluang lain pula. Cuba kalau kau ada tiga pilihan. Pilihan first kau, cincin emas. Second, cincin berlian. Third, cincin mutiara. Haaa tapi kau diberi peluang untuk beli cincin mutiara dulu sebab kau takde duit nak beli cincin emas mahupun berlian. Lasltly bila kau dah kaya, kau dapat peluang beli dua dua cincin first and second choice kau. Kau rasa kau nak tolak? Centulah. Fikirlah elok elok.

Aku taknak yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ha macamtuh. Tak kesah lah apa orang nak cakap, asalkan aku tahu apa yang aku nak, dah cukup.

Wah jadi ustazah la lepasni? Aku kekadang confuse nak ketawa ke nak suka ke nak marah ke kalau orang keluarkan statement ceni. Rasa macam kena sindir pun ada juga. Kalau memang dah takdir kerjaya aku macam tu, apa salahnya. Aku tak menidakkan pun. Bak kata nenek aku, jadi cikgu ni bukan boleh jadi jutawan dunia je, bonus jutawan akhirat sekali. Cuma aku pelik dengan mentaliti orang sekarang yang pandang bidang agama hanya untuk jadi ustaz ustazah je. Padahal, banyak lagi laluan kerjaya yang kau taktahu. 

Pernah lah satu hari tu aku borak dengan dormmates aku. Acah acah bercerita pasal future plans. Aku dengar je cerita dia dulu. Wah, impian dia hebat. Nak jadi peguam. Tapi ada satu part yang tetiba aku rasa heish menusuk tajam hati aku. 

" Aku bukan tak nak pergi bidang agama. Tapi bagi aku, orang pandang rendahlah bidang agama ni. Yelah, cuba kau tengok. Semua orang yang tak mampu pergi bidang akademik, semua dok berkumpul bidang agama. Padahal bukannya diorang nak sangat pun. Sebab nak dapat degree je, lepastu agama ke laut semua."

Aku rasa sedih jap. Memanglah apa yang dia cakap, ada betulnya. Tapi tak boleh sesuka hati pukul rata orang nak apply bidang agama macam tu. See, orang dah mula pandang rendah bidang ni.

Lepastu aku sambung, " Tak semua orang macam tu. Kalau budak budak biasa set set tak mampu je yang apply couse ni, takkanlah universiti boleh lahirkan generasi agama hebat hebat. Bukan setakat hebat agama. Bidang lain pun boleh tahan juga. Oh kau takut nak belajar agama sebab orang pandang rendah? Macam tu?"

Dia diam. Aku dah nampak dah, muka dia berubah. 

" Aku bukan takut orang pandang rendah kat aku. Cuma, aku nak dipandang tinggi je."

Okay then ahahahaha. Tapi takdelah jahat sangat aku ketawa depan dia, dalam hati ah. 

Aku actually, tak suka orang mengaitkan agama sebagai punca pekerjaan. Rezeki Allah tu luas. Setiap orang Allah dah takdirkan rezeki masing masing. Yang penting, cara kau nak lakarkan hasil tu dengan usaha kau sendiri. Dan doa.

Jadi, 

untuk beberapa hari lagi aku bakal daftar diri jadi pelajar stam. Yang paling merisaukan aku sekarang ni adalah, aku kena duduk rumah sewa. Boleh je mohon asrama. Tapi bila call penyelaras stam tu dia kata peluang nak dapat tu tipis la. Sebab asrama, terhad. Asrama takbesar pun. Tapi kena sumbat form one sampai form five. Pastu form 6 yang bakal masuk. Tu baruuu budak stam belum campur stpm lagi. Apa yang tak risaunya aku. Paling ah bab duit. Macam macam nak kena bayar. Sewa rumah, bil air elektrik semua. Makan minum macam mana. Banyak duit nak kena guna. Yuran sekolah je dah berapa. Memang serabut sis dibuatnya. Bila keadaan tersepit ceni, aku jadi rindu gilaaaa kat samten. Yang mana zaman sekolah before spm yang kau takyah fikir memacam. Semua dah tersedia. Keluar belanja adalah, tu pun takdelah sebanyak yang aku bakal tempuh ni maybe.

Tadi whatsapp akak tuan rumah sewa yang aku bakal duduk tu. Nak tanyaa bila aku boleh tengok tengok rumah. Alamak weh, dia balas macam nak taknak je. Kerek seh. Macam monster kehkeh. Belum duduk lagi, kang tak bayar sewa kang takut pula aku merempat tepi jalan muahaha. Allahu, belum apa apa lagi banyak betul syak wasangka aku. Astaghfirullah.

Weh seriusly, macam mana nak hidup kat luar ni? Inikah keluar dari comfort zone yang aku bayang bayangkan selama ni. Serabut bhai. 

Doa doalah urusan aku dipermudahkan semuanya okey. 

p/s; Sebenarnya aku ni susah sikit nak sesuaikan diri dengan suasana baru. Fikiran jadi haru biruuu.

Post a Comment

1 Comments