The End of Degree Year 1


Assalamualaikum and hi semua 😃

Ya Allah ni bukan takat takat sekejap sebulan dua menghilang. Lama sangat sangat dol hahaha. Aku pun taktau la angin mana datang tetiba sampai aku rajin nak update entry harini. Okay takpela dah ada mood tu layan kan ajalah. Hahahaha actually mungkin juga sebab aku tengah cuti sem sekarang. Plus PKP pula tu memang bosan sangat sangat ya ampun. Memang dok mengadap netflix je hari hari sampai bengkak. Duduk saja saja pun penat tau 😂

Bayangkan dahla cuti sem, tapi kena duduk terperuk je dekat rumah balik balik hadap fon macam takde beza je hari hari class pun menghadap laptop juga sebab online learning! Hehe tapi bezalah sebab kalau hari hari class ngadap assignment, tutorial, presentation and so on. Yang ni otak rasa free sikit cuma serabut sebab habis fikir dah taktau nak buat apa hahahaha.

Okay but alhamdulilah alhamdulilah alhamdulilah syukur Ya Allah seketul nisa berjaya survive sepanjang satu tahun alam degree ni. Sekejap je masa! Menghilang lama, tuptup dah habis Year 1. Dah nak masuk second year dah. Masuk degree ni, macam biasalah memang makin susah, makin mencabar, makin kena pandai urus diri dan masa ☺️ Subjek pun dah menjurus kepada preparation sebagai seorang guru nanti. Banyak kena study pedagogi, kenal budak budak, cara mengajar and banyak lagi. Alhamdulilah, makin lama makin aku dapat adapt dengan profesion perguruan ni. And syukur, aku pun takde sekelumit pun rasa menyesal aku masuk IPG. Excited untuk jumpa budak budak yang aku nak ajar nanti but at the same time nervous! 🤗 Lagi dua sem nak praktikum dah. Semoga Allah permudahkan urusan aku dan kawan kawan semua ♥️

Hm, so yang aku rasa sangat mencabar bagi aku adalah subjek minor yang aku ambil which is Bahasa Arab. Yang satu ni risau aku lebih sikit berbanding yang lain. Dengan nak pulun subjek major yang sedia ada memang kena perform, plus minor yang berat juga bagi aku. Actually kalau IPG lain dorang kebanyakkan boleh buat pilihan sendiri untuk pilih minor. Kalau ikut hati aku, honestly memang aku tak akan ambil Bahasa Arab sebab aku tahu cane lampinyaaa (lambat pickup) aku belajar subjek ni. Aku ingat nak ambil minor sejarah, tapi takpelah biarlah angan angan tu menjadi sejarah 😂 IPG aku membuat sistem paksa rela semua pelajar major Pendidikan Islam mesti ambil Bahasa Arab! 😌 Nak tak nak, ikhlaskanlah hati dan hadaplah juga. 

Lecturer pun memujuk kami dengan alasan; "Apa guna ustaz ustazah kalau tak pandai Bahasa Arab?"

Hahahaha lepas dah kena brainwash, dah kena basuh cukup cukup, aku pun tak deny la betul jugak apa yang lecturer cakap tu. Nanti kalau kat sekolah, budak budak or cikgu akan cari cikgu Pendidikan Islam untuk tanya Bahasa Arab sebab walau cane pun cikgu cikgu pai memang dah ada asas Bahasa Arab. Kalau tak diasah dan refresh balik memang sepi la jawabnya. Lupa terus nanti hahahaha aku lahtuh. Memang bagi sesetengah orang Bahasa Arab ni tak susah, tapi bagi aku berat sebab subjek satu ni la aku struggle betul dari zaman sekolah. Menangis nangis nak exam arab. Rasa macam lembab sangat nak faham. Yang pernah sedorm, se prep, sekelas, studymate aku faham dan nampak  struggle tu macam mana.

Aku sebenarnya sedaya upaya lari dari belajar arab. Tapi nasib tak pernah menyebelahi aku. Lepas habis SPM, aku dapat STAM. Sambung stam tak lama lepas tu dapat tawaran IPG. Lega sikit boleh lepas dari belajar arab. Hahahahaa tapi tanpa ku sedari, kena belajar jugak lastly. But even aku tak minat, tapi setiap kali exam, result aku jarang mengecewakan. Aku bukan nak berlagak, srs takde niat pun. Aku pun selalu tertanya kenapa Allah baik sangat bagi semua ni kat aku. Dan, sebab result result aku yang okay okay ni lah membuatkan aku tak boleh lari dari belajar benda ni. Sebab keputusan yang aku dapat melayakkan aku untuk terus belajar dan belajar. Bila aku tenung dalam dalam balik, maybe Allah taknak aku sia siakan ilmu yang aku belajar dari dulu. Allah nak aku bagi ilmu yang aku ada ni dekat anak anak didik aku nanti. Kadang rasa tingginya kepercayaan yang Allah bagi kat aku sampai Allah bagi aku peluang demi peluang untuk aku berbakti juga pada genarasi akan datang 🥺 

Ye, guru tu adalah jutawan akhirat. Dan Allah persiapkan jalan untuk aku jadi jutawan akhirat tu. Tinggal aku je nak laksanakan sebaik mungkin atau tak. Ya Allah, syahdunya rasa 😣 Inshaallah, aku tak akan sia siakan peluang ni. Aku kena semat kan dalam hati aku belajar ni bukan sebab aku dipaksa belajar, tapi untuk aku hargai ilmu yang Tuhan bagi dan sampaikan juga pada orang lain.

Result untuk sem ni tak keluar lagi. Struggle juga sem ni. Aku harap aku dan kawan kawan semua pass with flying colours. Apa apa pun aku harap semua yang membaca pun berjaya dan dipermudahkan semua urusan yang korang tempuhi.

Heheh tak sangka aku dapat update entry setelah sekian lama tak update apatah lagi jengah blog ni. Assalamualaikum.

Post a Comment

0 Comments