Surat Puaka ?

ASSALAMUALAIKUM



Ni semalam punya cerita alkisah surat puaka. Hahahah

Tetiba kat luar rumah dengar bunyi posmen hon hon alaaa nisa buat taktau je. Memang biasa nya macam tu. Nisa kalau bab bab surat ni tak campur tangan. Mungkin surat untuk abah dan umi. Abah ada je kat depan nisa tengah khusyuk makan sambil layan layan maharaja lawak mega even bendatu sebenarnya dah banyak kali ulangan hahaha inilah namanya terlalu obses. 

Abid, adik nisa ada jaa kat dapur. Tengah buat air le tu. Dia kalau sebelum makan tak buat air dulu memang tak sah. Katanya kalau takdee air tak lengkap. 

"Kak Icak, cho tu cho." Abah nak buat lawak lah tuh. Cho tu adik abah dia kerja posmen. Sebab tu abah cakap yang hon hon tu Cho. Sebenarnya bukan pun. Kahkah.

Lepas Abid pergi kat meja makan nisa suruhlaa dia ambik surat dalam peti surat tu. Malangnya nasib adik dapat kakak yang tersangatlah pemalas XD Abid jeling jeling nisa. Dia pergilah kat pintu ingatkan nak keluar ambil surat yang posmen hantar tadi rupa rupanya dia patah balik.

"Alaah malas lah..." Bertuah punya adik. Kitaorang pun sambung makan dah tak ingat dah pasal surat tadi. Layan jee MLM ulangan tuh. Then nisa duduk lah kat sofa, Abid pula dia pergi keluar bagi makan ikan. Dia memang pencinta ikan betul kalau boleh setiap minggu nak ajak abah pergi kedai ikan hidup. Adalah dia pujuk abah supaya beli ikan baru untuk dia. But abah tak layan pun ye laah harga ikan sekarang bukan murah murah semuanya melambung lambung. Taste dia pula bukan jenis yang hodoh hodoh nak yang berkilau kilau pulak tuh. Memang jangan dilayan. Kesian dia.

Tapi abah mana tak kesian dengan si anak and mana sampai hati bila tengok dia merayu rayu. Setiap minggu walaupun tak dapat bawa balik ikan baru, mesti bawa balik hiasan akuarium macam batu warna warni kee macam macam lah. Akuarium kat rumah ni cantik je semuanya atas hasil kerja deko deko dia.

Tetiba dengar Abid jerit dari luar rumah. " Kak Icak, surat asrama kau dah sampai." Yang paling nyampah tu nada suara dia macam happy benor kakak dia kena tinggal kat asrama. Takpe kau dik, tunggu kau besar aku pula tengok kau duduk asrama yaa. Muaahahaa

" Surat puaka dah sampaaii. Pengsan!" Nisa pun pura pura pengsan. Abid tak habeh habeh gelak. Nisa pun jalan pergi dekat dia dan rampas surat tu.


Ingat lagi umi ada cakap macam ni.

" Nisa kena faham kenapa umi nak sangat nisa masuk asrama yaa."

Dan nisa faham kenapa umi suruh nisa masuk asramaa.

Yap.

Ya Allah, terima kasih kerana sekali lagi engkau berikan aku peluang untuk menetap di asrama. Sekurang kurangnya tak ade lah menyusahkan umi abah kan nak hantar ambil nisa setiap hari. 

Sekali lagi aku pandang surat tu.

" TAWARAN KEMASUKAN KE ASRAMA SEKOLAH AGAMA MENENGAH **** ****** BAGI SESI 2015."

Alhamdullilah.

Post a Comment

2 Comments

  1. Wah, tahniah nisa. Amik peluang ni dgn baik ya ! (=

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Anis :) Doakan nisa ya awaak ^_^

    ReplyDelete