Ujian }

ASSALAMUALAIKUM

Firman Allah SWT :

Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Mjjaha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka barangsiapa bertaubat (diantara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [QS. Al-Maidah : 38-39



Selasa, 300615. Hari yang paling sedih, yang paling banyak nangis sepanjang minggu nih. Hari yang paling banyak nisa kumpul kekuatan lepas je semangat rasa hampir hilang. Hari yang banyak menitipkan pengajaran dan kesabaran dalam diri. Hanya Allah yang mengetahui, hanya Allah yang dapat menyelami.

*

Macam biasa, setiap pagi sepanjang minggu Ramadhan akan diadakan usrah kecuali hari Isnin dengan Jumaat. Pagi tu usrah berjalan dengan lancar. Lepas je membaca kalam Allah, setiap naqibah usrah akan bagi tazkirah. Kalau macam nisa, naqibah usrah nisa kak Farah Nabihah. Setiap bait kata yang kak Farah cakap nisa cuba pasak dalam otak. Setiap nasihat yang cuba disampaikan, setiap bait kata yang dilontarkan nisa dengar satu satu supaya takdelah tertinggal input yang cuba naqibah sampaikan.

Lepas je habis kuiz Ramadhan, naqibah pun mula tamatkan usrah harinih. Semua murid pun beransur ke kelas masing masing. Macam tulah rutin setiap pagi sepanjang bulan Ramadhan nih. Aktiviti keagamaan banyak diterapkan dalam jiwa rohani pelajar pelajar bumi tarbiah ini.

Sampai je kat kelas, nisa terus pergi kat tempat duduk nisa. Fikir nak sambung balik bacaan Quran yang tertangguh sikit tadi waktu usrah. Tetiba kawan nisa datang dekat. Kawan nisa kata beg dia kena selongkar, sampaikan benda yang takpatut keluar dari beg pun ada jugak terdampar atas meja tu haa. Act memang malu tapi lastly kawan nisa cakap duit RM 60 dia dah hilang. Muka kawan nisa memang macam nak nangis dah tyme tu. 

Nisa pun apalagi terus panik. Automatik tangan terus sambar zip depan beg dan buka dompet. Lepas buka je dompet nisa, terus lutut rasa lemah sangat. Terus rasa macam nak rebah jugak ke lantai. Mata ni ha dah berkolam kolam dah tahan air mata. Lastly memang takboleh tahan dah. Laju jaa air mata ni turun. Memang sebak sangat masa tu. 

Bayangkan not 90 ringgit berdesup hilang macam tuh je sekelip mata. Tinggal lima keping not seringgit je dalam dompet tuh. Waktu tu, ramai juga kawan nisa cuba pujuk supaya jangan nangis. Tapi rasa macam tak boleh juga. Dekat kepala nisa waktu tu macam terbayang bayang je muka abah muka umi. 

Yang nisa fikir waktu tu, apa perasaan abah dengan umi bila tahu duit nisa kena curi ? Bukan sikit sikit, tapi masalahnya sekarang angka duit tu besar. Mesti diorang sedih. Memang duit tuh dah jadi duit nisa sendiri. But nisa kumpul selama ni pun sebab umi abah bagi untuk duit belanja asrama. Nisa terbayang susah payah umi abah kerja untuk bagi duit dekat nisa, then now duit tu pergi macamtuh je. 

Masa tu memang banyak juga rasa nak salahkan diri sendiri sebab cuai sangat pergi tinggal duit dalam kelas. Tambah tambah lagi bila hari ahad nak balik asrama tu umi ada ingatkan nisa supaya jaga duit tu elok elok. Jangan main tinggal tinggal je. But nisa tak ikut nasihat umi tuh sepenuhnya. Rasa macam, nak menyesal pun benda dah jadi.

Ada juga cikgu buat sportcheck, tapi still tak jumpa. 

Balik je sekolah lepas solat zohor, nisa terus call umi. Waktu nak sebelum call umi tu rasa macam dah okay sikit dah dapat tenangkan diri even mata still sembab. Tapi, bila dengar je suara umi, rasa macam ada aura yang buatkan nisa sebak balik walaupun masa tuh tak bagitau lagi pasal duit tu.

" Umi, duit nisa kena curi." Waktu tu nisa tahu je umi terkejut sebab nada suara umi agak tinggi juga. Even nisa tahu umi takdak maksud nak marah sebenarnya.

" Habistuh duit PIBG yang umi bagi tu pun dah takdelah ? " Suara umi, risau. 

" Duit PIBG nisa dah bayar semalam. " Dalam keadaan suara sedu sedan tu pun nisa sedaya upaya juga cakap walaupun suara pun dah getar getar.

" Ya Allah, nasib baik lah dah bayar. Umi risau tau duit PIBG tu dah lah banyak. " Taktau nak cakap apa sebab memang waktu tu menangis teruk sangat.

Nisa pun cakap kat umi nisa yang nisa tak dengar cakap umi. Nisa rasa bersalah sangat. Lepastu umi terus titipkan nasihat. Umi cakap, nisa kena redha anggaplah duit tu bukan rezeki nisa. Yang paling buat nisa terharu bila umi cakap,

" Janganlah nangis. Nanti nisa kumpul lagi lah yeh. Dah dah, jangan nangis. Nisa kita redha. Mungkin duit tu bukan hak nisa. Anggap je duit tu sebenarnya bukan rezeki anak umi ni. Ambik iktibar dan pengajaran dari kejadian yang menimpa. Allah ada kat sisi nisa walaupun umi takde kat asrama nak peluk anak umi ni untuk tenangkan. La tahzan, nisa. "

Rasa menjunam air mata turun. Nasihat umi sangat menyentuh hati anak umi tau. Akan nisa pasak kata kata umi ni dalam lubuk hati nisa yang paling dalam ecehh. Sayang umi. 

Kan dah kata harituh hari yang paling banyak nangis samapaikan mata dah sembab sembab dah. Bangun esoknya mata dah bakup. Terharu juga dengan keprihatinan kawan kawan batch, 01 Phoenix yang banyak pujuk, yang banyak tenangkan, yang banyak tanya heheh. Akak akak dorm pun ada jugak tanya. Terima kasih kakak kakak kuu sekalian yah.

Pagi Khamis semalam Ustaz Syafiq ada cakap pasal kecurian tu sebab terlalu ramai yang kena. Pagi Jumaat tadi pun ada bacaan Yassin dengan Solat Hajat. Sekali doakan akan bumi tarbiah SAMTEN selamat di bawah lindungan Allah, dijauhkan dari sifat sifat keji supaya akhlak yang baik diterapkan dalam diri para palajar.

Agak di kesali juga kalau memang betul pelajar sekolah yang curi sebab dia menuntut ilmu di sekolah agama yang penuh dengan nilai nilai keagamaan yang tinggi. Semoga Allah limpahkan sinar hidayah dan taufiq-Mu Ya Allah hamba memohon. Semoga si dia berubah dan kembali ke jalan benar. 

" Sesungguhnya, doa orang yang dizalimi itu akan termakbul "


Post a Comment

8 Comments

  1. seram pulak baca story nisa.. Apapun semoga yang berniat tak baik tu dibukakan hati utk perbetulkan kesilapan yg telah dilakukan, Aamin.

    Jemput ke teratak http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/07/ga-kawaidesu-concept-raya-2015-bernilai.html

    ReplyDelete
  2. serius sedih..btw be strong nisa

    ReplyDelete
  3. Stay strong ya. Harap pencuri tu dapat ditangkapp

    ReplyDelete