Moga Allah Redha :)

Assalamualaikum

Ramai yang berpandangan "sinis" kepada mereka yang bertudung labuh atau bertudung besar kan..ada yang kata kolot, ada yang kata tak cantik, ada yang kata out to date, macam orang tua, jadi ustazah la dan macam-macam lagi. Manusia memang suka bekata-kata walaupun tiada kaitan dengan dirinya. 

Namun, tudung labuh dan tudung besar saya rasa lebih sesuai dan memenuhi tuntutan syariat..berbanding fesyen-fesyen tudung yang ada di pasaran. 




Ada orang kata.. "jangan nak bangga sangat dengan tudung labuh atau besar, tudung labuh/ besar..tak semestinya baik ! "

Jawapan saya :

Bertudung labuh bukan untuk mengatakan diri bahawa "aku lebih baik dari orang yang bertudung pendek" atau pun " aku lebih banyak ilmu dari orang lain". 

Kadang-kadang dengan tudung yang labuh & besar boleh menyebabkan diri kita "sedar" supaya tak terjebak denganperkara yang tidak baik dan dapat juga mengawal diri menjadi lebih baik disebabkan bertudung labuh atau besar.

Sama juga kisahnya seperti orang berkopiah..kadang-kadang bukan disebabkan diri lebih banyak ilmu atau diri lebih baik, tapi dengan kopiah atas kepala..dapat menyedarkan diri daripada buat perkara tak baik dan sekaligus dapat menjaga iman.

Pakai lah apa pun, yang penting menutup aurat. Yang pasti..setiap orang nak buat yang paling terbaik kan? :)


Manusia memang tak sempurna, manusia tak kan boleh jadi sempurna tapi manusia boleh jadi yang paling terbaik. Kalau boleh, akhlak itu secantik penampilan diri. 

Biasanya saya lihat mereka yang bertudung labuh ni ada pakej tau :

Tudung labuh + baju labuh + baju longgar + pakai stokin + baju tak jarang + tahap malu lebih tinggi + jaga pergaulan 

Ni adalah kebiasaan..mungkin kalau korang nampak akhlak yang kurang baik, itu mungkin kes yang terpencil..bukan nak kata bertudung tak labuh atau tak besar itu yang sebaliknya, tapi sekarang saya cuma nak cerita tentang si pemakai tudung labuh je ~

P/s : Sentiasa nak buat yang terbaik . InsyaAllah 


Macam ni kan cantik ! Heheh

Credit : Atikah Madiah

Post a Comment

7 Comments

  1. In Sya Allah. Moga impianmu tercapai..Sara juga teringin nak berubah ke arah yang lebih baik. maklumlah si pendosa tegar :'( In Sya Allah. Jika diizinkan, satu ketika nanti sara akan pakai seperti mana yang benar benar dipanggil wanita beragama islam dab muslimah. Terimakasih untuk informasi hehehe :)

    http://sarahhijabista.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. sy juga sedang mencari-cari diri saya. :'(

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..entry ni mempunyai makna yg sangat mendalam :')

    ReplyDelete
  4. Tudung labuh itu insyaAllah lebih terpelihara.. Mungkin ada sesetengah orang belum sedar pentingnya berpakaian benar2 menutup aurat. Moga2 kita semua akan berpakaian mengikut syariat...

    ReplyDelete
  5. Saya pun ingin ke arah bertudung labuh. Insyaallah, dipermudahkan segalanya.

    Ameen

    ReplyDelete
  6. Insyalah tuhan pelihara anda sebagai seorang muslimah sejati..

    ReplyDelete