#1 Lesson Of The Day

ASSALAMUALAIKUM



Hai cuollsss. 

Dah lama tak membebel kat sini sumpah rasa awkward thooo. Berbulan bulan tak update takdehalla kan sebab iollss tahu selama ni pun bebel sorang sorang je ahahaha. So macam biasa kalau intro untuk blog yang dah lama tak bukaaa like 'oh dah bersawang bersepah berhantu berlipan dan segala macam ber dah blog siss'. 

Lantaklaa bersepah ke berselerak ke bersemut ke janji iolss bahagia ahahahaha.

Biasalah student life ni ada pasang surutnyaa. Kadang busy, kadang banyak kerja, kadang cari kerja, kadang buat buat ada kerja, kadang takde kerja dan kadangkala penuh dengan melaghoo je kerja. So tak menyempat nyempat nak menulis something padahal banyak je benda nak membawang seriouslyy.

Okay, sebelum tu nak ucap Salam Ramadhan Kareem pada semua umat Islam seluruh dunyaa.  

Moga tahun ni beroleh Ramadhan yang lebih baik daripada tahun tahun tahun sebelumnyaa okay.

Kena faham, mak busy so baru sempat wish Ramadhan sepuluh malam terakhir Ramadhan ni heheee. Hari raya kita cerita entry lain okay doa doalah bukan raya tahun depan baru entry lain tu. Kahkah.

Soo yah berbalik pada tajuk, alkisahnyaa ~

Tadi sebelum berbukaa, aku tolong umi prepare apa yang patut. Harini kitorang bukaa dengan nasi tomato dengan ayam masak merah. So cam biasa, abah yang akan beli barang dapur. Tadi abah balik lambat kerja, so pergi market pun lambat lah. Jadi, preparation berbuka cam kabut sikit.

Aku pulaa boleh bilang dengan jari je baru berapa kali buka puasa dekat rumah. Maklumlaaa budak asrama. Hari hari hadap tray biru cair dengan nasi dm. Pastu air pula berebut dengan orang depan sebab cawan dm tak cukup. Jadi, satu cawan kena kongsi dua. Kalau ada lebih boleh ambik guna botol. Tu pun kalau ada lebih lah. Biasanyaa tong air cepat je kering kontang. 

Tapi biasanya aku lah yang akan menang dapat cawan air tu dulu hahaha taktau la nak cakap kejam ke apa bila tengok member depan minum air masak je kahkah. Astaghfirullah.

So, bila jarang jarang buka puasa kat rumah ni, means aku pun jarang jarang lah jugak tolong umi masak or prepare juadah berbuka. Balik pun seminggu sekali. Tolong pun macam, tolong keee ahahaha sebab last week and minggu lepasnya lagi aku busy exam so umi bagi ruang untuk aku study. But tak sampai hati jugaklah ofkos kena tolong jugaa.

Then bila ada ruang cuti panjang ni and raya pun selang banyak hari lagi, aku pula dah lepas exam soo happy ah bila dapat tolong tolong apa yang patut. 

Nak dijadikan cerita, tadi umi suruh aku buat satu kuih fevret family la kiranya. Memang sah lah langsung tak pro buat and perlu banyak tunjuk ajar umi. Tengah steady steady uli uli tepung tu umi jerit jerit. Aku steady je kat tempat tu. Statik. Terus je uli tapi ekceli aku tahu yang aku dah buat salah yang agak besar gaklaaa sebenarnyaaa. Ahahahahaha aku takleh move on gelakkan diri sendiri. Sumpah innocent.

Umi kata tepung tu jangan masuk air banyak sangat. Tapi aku taktaulah aku ni pekak ke badak, selamba je masuk kan hampir setengah cawan air. Mula mula aku insecure gak, asal tepung ni tak likat pun, macam slime ade ah. Tapi terus je buat pastu tutup tutup taknak bagi umi nampak kahkahkah. Ha lastly umi dah jerit jerit tu mula lah diaa bebel bebel nasib balik lastlyyy ~

" Takpelaa kak icak belajar. Nanti yang kali tahu ah buat. Memang renyah sikit nak buat kuih ni." Fuhhh. Nasib baik telingaa sis tak sempat tercabut lagi.

Hahahaha tapi memang macam terencat pun ada, dah buat salah pastu tutup tutup macam lah umi tu tak nampak. Hmmm 

Tu nasib baik kat rumah. Kalauu kat kampunggg habisla sis habisla ahahahaha.

Kalau kat kampung, memang ayu ayu je buat kerja. Kalau tak tahu buat, better tanya bisik bisik daripada kau salah buat, pastu kena bising bising satu rumah. Masing masing pandang kau macam kau ni pesalah yang sikit lagi nak kena hukum gantung kahkah. Tahu tahulaaa makcik makcik bila bising cane uollss sampai masa depan kau pun nanti siap sedia dorang ramalkan ;

" Apa ni anak daraa ni macam mana nak kahwin nanti... Suami nak makan tanah je ke nanti haa. Mak mentua cakap apa nanti blablablablaaa" 

Betul tak? Pernah kena en? Tak ngakuuu ah tu ahahaah. Kau pun terdiam dan terdiam cuma hati je bebel bebel.

' Alaaa makcik ni bukan Tuhan pun nak ramalkan masa depan saya.' AHAHAHAHA ok tak tak.

Centu ah alkisahnya. Cerita dia sekarang ni, bukan aku nak bagitau yang aku ni tak pandai masak ke apaa okay (( aku ni ada bakat jadi chef actually, cuma tak tunjuk je )) *angkat kening. Ahah pui.

Cumaa, aku yakin memang perempuan zaman sekarang jarang dah lekat kat rumah apalagi masuk dapur. Paling paling yang dekat dengan life aku. Hidup as budak asrama, aku tahuu life kat asrama makan minum semua dah orang sediakan soo tugas waktu tu studyy je memanjang. Balik dari asrama ke rumah pun setengah orang lekat dalam bilik je main fon bukaa buku and so on. Langsung tak jengah dapur. Tahu turun makan jee. 

Setengah orang, aku tak cakap semua.

Bagi aku,

memang jadi pelajar ni banyak benda nak kena buat kalau balik asrama ke rumah. Homework, cari bahan, kerja badan organisasi ah kerja kursus la bagai bagai. Tapi, semua tu bukan alasan kita takleh tolong mak kat dapur. Selain dapat kutip pahalaa, dapat tahu cane nak suvive untuk future life nanti.
Tu ah benda benda yang aku mula sedar dalam hidup aku. 

Memang malu kalau kau banyak taktahu buat benda even potong bawang pun. Tapi, kau sebenarnya banyak masaaa lagi nak belajar. Daripadaa kau malu suatu hari nanti. Belajar bukan setakat kat sekolah je, dekat rutin harian kau pun banyak benda kau boleh belajar. 

Pasal masak masak ni nampak macam aku highlight perempuan je, tapi sebenarnya lelaki pun samaa je okayy.

Sooo yah, panjang sudah i bebel malam malam ni. 

Okbyee nak sambung makan sebab buka puasa tadi sempat ratah ayam je muahahaha.

OPS LAGI SATU ;

cuma nak bagitahu je yang kuih yang aku buat tu dah siap. Sedap pulaa tu kahkahkahkah

Post a Comment

1 Comments

  1. belajar masak pandai pandai k nanti dah besar saya masuk pinang hm ahahah

    ReplyDelete