SPM leavers.

ASSALAMUALAIKUM

Related image

Akwardnyaa nak blogging balik setelah sekian lamaaaa tinggalkan dunia blog ni ahaha. Rasa macam, oh blog ni wujud lagi rupanya. Bila buka je blog balik and tengok traffic blog sepanjang aku tak aktif aktif ni macam garisan orang mati kat icu. Sumpah sendu. Mana ntah pergi readers readers kesayangan aku. Oh aih lupaalah patutlah takde orang lawat, sepanjang aku tak buka ni aku privatekan blog ni rupanyaa ehehe maap.

So heree, iam back to here again.

Tapi special sikit la kali ini. Ha kenapa kenapa (( sila buat muka tertanya tanya, acah support sikit la beb ))

Kali ni... aku kembali ke sini as spm leavers. Alhamdullilah yeay dah habis spm :') Tepuk tangan gais. Kuat kuat kalau boleh kau sep sep sekali dengan skrin laptop kau ahahaha.

Everything went well during SPM. Rasa berdebar nak tercabut jantung pada hari pertama espiyem benda simple yang majoriti rasa. Kecut perut weyh. Aku bukan apa, hari first je dah subjek favret aku. Mana tak aku gelabahnya. Malam sebelum esoknyaa memang gigih aku baca mutiara kata nak kasi karangan aku besok superb. Risau tuu sebab aku takut idea aku tersekat bila confident sangat. Aku memang nak target paling tinggi la untuk subjek first ni sebab aku rasa macam ada bau bau laluan kerjaya aku kalauu aku dapat A+. Gituhh.

Nak habaq mai, masa spm ni ketaq dia lain macam sungguh untuk semua subjek. Mana mana subjek yang aku rasa aku nak ambik haluan dekat U nanti sumpah aku rasa macam, okay ni kena baca dari kulit ke kulit, kalau boleh aku nak masak gulai kawah untuk setiap subjek. Ya rabbi berpijaklah di bumi yang nyataaa.

Perut aku meragam teruk malam sebelum akaun. 

Penat gaklaaa aku heret kawan aku teman pergi tandas. Dengan tandas yang takde lampu, aku gigihkan jugak. Asal tak terserempak dengan lembaga tak dikehendaki dah la. Hampir setiap jam aku terjaga sebab memulas teroks. Jenuh aku ingat balik apaa yang aku makan haritu. Tapi ntahlaa weh nyanyuk aku tak dapat dibendung, aku tak ingat.

Lastly aku cuba hadam formula pe semua sikit tah bilaaa finally aku tertiarap tidur semata mata tahan perut aku memulas balik. 

Aku fikir esok paginya sihat walafiat la perut ni. Elok je pagi tuu. Aku makan dm pe semua masuk dewan, akaun kertas satuu. Takde pula seteruk malam tadi. Helok happy je, lagi pula kertas satu macam senang so rasa nak joget.

But, awan yang cerah tak selamanyaa cerah sis.

Waktu akaun kertas duaaa, satu jam terakhir sebelum habis masa, perut aku meragam balik. Sakit perut dia ya tohannnnnnn unbearable. Seram sejuk wei aku pegang pen. AKAUN WEYH AKAUN. Waktu tu aku berserah je. Dengan tahan perut yang sakit, soalan yang macam kau boleh hantuk kepala kat batu, ha tak puas lagi hantuk kat konkrit, air mata aku dah mulaa bergenang. Taktahu kenapa aku rasa lemah gilaaa.

Dahlah banyak lagi tak buat. Soalan pula bape kali dah khatam asal aku tak faham faham. 

Banyak kali gak aku nampak pengawas tu usha muka aku kerut kerut. Banyak kali gak dia mundar mandir kat kawasan tempat aku. Aku nak angkat tangan, tapi bila aku fikir akaunn aku banyak benda tak settle lagi aku batalkan hasrat. Tapi kau rasa aku boleh fikir lagi keee dengan keadaan macamtuh. Otak aku dah kosong, kosong sekosongnyaa.

YA ALLAH RASA NAK SAMBUNG NANGIS HMMM

aku terima padah yang sama masa paper ekonomi. 6 hari gap sebelum ekonomi, cikgu ada buat kelas. Dua kali aku skip. Ha sape yang perasan aku tak datang tu, tolong faham keadaan perut aku yang tak stabil langsung. Aku takdee selera nak makan langsung sebab perut macam tu. 

At the end,

habis paper ekonomi maka habisla spm tapi aku acah acah happy je sebenarnya. Perut aku macam dah stabil tapi kepala aku pula sakit dia takleh bawa bincang. Balik rumah, buka mesej orang pe semua yang cakap tahniah tahniah bagai bagai tu then, aku terus tidur. Berharap pagi esok semuanya baik baik belaka sebab esoknya nak jamuan kelas. 

Soooo sekarang ni segala galanya macam kelihatan baik baik jep. Mungkin adalahtu salah makan ke apa, makan lambat ke sebab aku sedar jugak yang aku ni takjaga makan langsung time spm. Kalau aku malas, aku langsung tak pergi dm. 

Dan aku sebenarnya nak minta maaf jugak dekat someone ni ahaha yang pasti aku rasa sumpah susah nak jumpa kawan sejati macam dia ni. Waktu time aku sakit perut pagi sehari sebelum ekonomi, dia bawakan aku bubur jagung. Tapi akuu sentuh sikit je, tu pun lepas kena paksa paksa. Di samping aku memang takde selera, aku memang taksukaaaa jagung ahahahaha. Kalau sebelum ni korang tak pernah dengar orang tak suka jagung, ha sekarang akulah orang tu ahaha.

Paling laaa, dia suruh aku makan. Tapi aku taknak, aku bagi orang. Tapi dia tak kasi bagi orang sebab dia suruh aku makan, nanti perut kosong. Lastly, waktu dia takde aku buang dalam tongsampah. Sumpah kena percaya aku TERJAHAT tanpaa sengajaaaaa.

Okaylah gais, keseluruhannya SPM 2018 not bad. Setakat nak bagi kau nangis kecewa air mata darah takdehalla, benda kecik. Apapun result nanti, percayalah ni semua mungkin terbaik untuk semua, untuk aku dan jugak kau. Kita dah usaha kan, so segala galanya kita serahkan pada Dia. Jangan lupa doaa.

Bye semua. Bye kawan kawan. Bye phoenix terchenta. Bye sekolah. Thankyou for this amazing 5 years, glad to have you guys in my life! masanya kita nak start a new life. Jadikan apa yang kita buat sebagai satu iktibar dan pengajaran buat diri kita. Aplikasikan apa yang kita dah belajar dekat samten selama 5 tahun ni dekat luar. 

dan......

Tinggalkan comfort zone ni.

May Allah ease everything :')

Post a Comment

0 Comments