T I R E D

ASSALAMUALAIKUM


Hai readers! Long time no see. Rasa macam dah lama gila tak singgah blog tercinta. Rasa rindu dekat anda anda semua dah mula berputik. Cehcehh. Sorry sangat sebab I kennot balas kunjungan sesiapa pun setakat ni. Terima kasih sebab still send email dekat nisa even nisa tak active blog pun belakangan ni. Don't worry dear nanti I free I singgah lah eh hehee. 

Ekceli, nisa baru je habis daurah kat sekolah. Almaklumlah candidates PT3 pun dah nak menjelang. Rasa macam naik tegak bulu roma nih bila sebut je alkisah pititiga ni. Nisa still masih samar samar lagi nak target berapa untuk pititiga memandangkan exam mid-year nisa pun macam kacau bilau, tunggang terbalik and huru hara semuanya. Rasa macam nak tutup mata je kalau cikgu bagi result nanti. Huhuuu I feel so disappointed gaiss. 

Nak cerita pasal exam pertengahan tahun ,

Haishh rasa macam air mata nak keluar dulu deh before nak cerita kat korang ni. Kecewa, sedih semua ada ah. Bertapa besar eyebag bawah mata ni , nak cerita sebenarnya tidur malam yang nisa kena korbankan sepanjang exam mid-year berlansung. Bagi nisa, ramai yang biasa stay-up mungkin senang untuk bangun. But bagi nisa, stay-up lah benda yang bukan mudah ekceli. Dengan lawan rasa mengantuk then terus capai buku menghafal terutamanya subjek azhari. Berapa hari berturut-turut nisa lalui benda yang sama. Dalam kepala cuma ingat nak habis periksa cepat je hehe.

Dekat kelas prep, memang susah sangat nak masuk kalau study. Usah lah nak kata subjek yang memerlukan hafalan, but subjek yang perlu exercise banyak pun nisa susah nak fokus. Nak kata berborak, semua orang pun fokus study jugak. For me, nisa tak suka tengok orang menghafal atau belajar depan mata nisa. Diorang seolah olah bagi tekanan dekat nisa and buatkan nisa cepat rasa nak give up. Bukan salah diorang sebenarnya tapi jujur nisa kata nisa tak suka persaingan. Sebab tu lah, kalau orang lebih kedepan pada nisa, cepat je nisa rasa down sebab for me nisa memang tak layak lawan dia. 

Hm but walau macam mana pun kita, kita kena ingat juga Allah tak suka orang yang berputus asa dalam kehidupannya. So nisa, fightingg. Siapa nak hadiah kan kata kata semangat dekat nisa bolehlah letak dekat bahagian komen entry ni tau. I need lebih banyak motivasi eheh.

Okay sambung cerita,

Bila tengah exam dalam dewan, rasa jugak gemuruh dia. Dengan kucing yang lalu lalang bawah meja and kerusi rasa macam nak jerit je. I don't like cat ! So, syuhhh. Nisa memang tekad kalau kucing naik atas meja, terus lempang je. Yeye je tuh, ntah ntah dia yang lari dulu pergi meja orang lain. Tak pun, naik atas meja sekali heheheee. Okay bila time buka je paper, darah terus naik muka ' maigadd kenapa soalan ni masuk kenapa bukan soalan tu yang masuk ?' Nangis dalam hati. Rasa terkilan bila apa yang kita baca, tak masuk pun dalam exam.

Ekceli, macam apa yang kawan nisa kata sebenarnya takleh nak salahkan cikgu kenapa dan mengapa buat soalan macam ni. Then mengeluh kata dah lah payah lepastu semua nak KBAT bagai. Sebenarnya, bawa jari telunjuk kita tu tuding pada diri kita sendiri dulu. " Adakah kau dah cukup bersedia? " ha zapp terus kau. So, nisa rasa nisa perlu persediaan awal untuk setiap exam yang nisa akan tempuh. Ini last minute baru nak struggle memang pecah otak bila semua benda kau nak sumbat.

So lepas nih, nisa kena usaha lebih kuat lagi. Doakan ya gaisss. 

Sebenarnya banyak benda lagi nisa nak story tapi inshaallah entry yang akan datang, dalam masa terdekat juga. 

Okay byee.

p/s : Lepas cuti pertengahan tahun ni nisa and semua pitithree candidates akan mula busy dengan kerja kursus sejarah and geografi. So, doakan moga kami semua terus diberikan kekuatan, ketabahan dan keyakinan yang tinggi agar usaha kami selama ini membuahkan kejayaan, inshaallah. Lastly, selama menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada umat Islam di seluruh dunia. Moga bulan Ramadhan kali ini membawa 1001 makna buat diri kita semua. 

Post a Comment

5 Comments

  1. sabar ye nisa. belajar kat uni lg tekanan. wish u luck

    ReplyDelete
  2. good luck nisa..

    akak dah merasai saat-saat menghadapi PT#, almaklumlah first batch T^T

    btw good luck again..

    ReplyDelete