I am back !

Assalamualaikum .

Dah lama rasanya tak pegang keyboard ni. And dah lama tak memekak kat sini. Rindu tak rindu tak ? (( Poyo kemahin )) Okay srs rindu sangat sebab bila balik dari asrama jep memang just perhati je blog ni. Tak sempat post entry apapun. 

Bila umi ambil nisa dari asrama pepetang, sampai je rumah always rasa ngantuk pastu nak tidur. Kadang tuh sempat bangun solat je. Memang penat sangat. Then, bila hari sabtu pula waktu tu lah nak basuh baju, sidai baju, study nak lunaskan homework bagai. Malam hari sabtu tu nisa memang dah kena iron baju sekolah, baju batik apa semua untuk get ready balik asrama esok. Pagi ahad tu pulaa tu kadang sambung buat homework until pukul 3.00 petang umi nisa dah suruh mandi, makan coz pukul 5.00 dah nak hantar balik asrama. 

Kadang tu pernah mengeluh tak mampu. Tapi umi nisa kata, if kita fikir diri kita susah, banyak lagi orang luar sana yang lagi susah pada kita. Kita fikir kita dah cukup menderita ? Tak, sebenarnya banyak lagi orang luar sana lebih banyak menderita dari kita. Bersyukur apa yang ada ~ Jangan mengeluh, Allah tak suka. 

" Jangan pernah mengeluh kerana dugaan ,
kerana dugaan itulah yang menguatkan."

Teringat pesan umi ~ Inshaallah nisa cuba untuk hindarkan diri dari mengeluh :')


Minggu lepas dan minggu ni, dah berlansung dah Ujian Prestasi Satu. Doakan nisa yah moga dapat keputusan seperti yang diharapkan. Nisa dah cuba yang termampu tawakkal pada Allah serta doa sebagai senjata. Inshaallah.


Semalam ada kejohanan Merentas Desa sekolah nisa. Alhamdulllilah, tak menang pun but dapat juga nisa sumbang dua mata untuk firqah. Tak banyak, tapi sekurang kurang nya nisa dah cuba. At first memang taknak cuba memang dah hilang semangat lansung nak merentas desa sebab tragedi tahun lepas. Fobiaa~ Last year time merentas desa waktu kat garisan permulaan tetiba kasut tercabut jenuh nisa cari sebab orang belakang nisa dah sepak sepak kasut tuh. Hello, kasut nisa bukan bola sepak okay. Memang bila dah dapat balik kasut tu, nisa terus je mulakan larian. Tapi hati still panas dengan orang pijak kasut nisa tu. 

Sekurang-kurangnya minta lah maaf ~ Berat sangat ke buka mulut nak minta maaf ? 

Eh sorry sorry ter-emo pula. Mula mula dah cakap dalam hati.

" Tak menang kau, sesedap je pijak kasut orang."

But lelama tu terima jelah dengan hati yang terbuka. Semuorang pernah buat silap kan. Think positive. 

Tahun ni nisa cuba je. Walaupun dah takade semangat nak lari. Hmm -_-'

:) Eh tahniah untuk firqah Abu Ubaidah sebab dah jadi johan merentas desa tahun ni. Untuk fiqah toriq tahniah jugak dapat naib johan. Untuk firqah Khalid (( my firqah ecehh )) syabas dapat tempat ketiga. Bagi Salehudin dan Salman pun alfu mabruk juga sebab dah cuba semampunya. Next year cuba lagi. Perjuangan kita bukan berakhir di sini yap. Lol haha. Menang kalah adat perlawanan * perlawanan ke pertandingan ? ahh sama jee } * heheh


Okay lah dah lah yoo entri sampai sini jee. Inshaallah lepasni post lagi kot. Cuti panjang katekoo. Doalah agar nisa tak lupa jalan untuk menulis dan bertemu korang sume lagi. Babai assalamualaikum :)

Post a Comment

2 Comments