Appreciation Entry :')

ASSALAMUALAIKUM

Okay taktahu nak mula dari mana.

:')

Macam biasaa, apa yang terlintas kat kepalaotak aku, aku akan ubah dia dalam bentuk tulisan. Dan letak dalam blog ni. Dan kali ni... entry aku lebih menuju untuk diaaa, untuk seorang Hamba Allah ini. Untuk zahirkan rasa hargai, dan lontaran maaf dari hati. Untuk kau lebih mengerti, yang selama ni aku sebenarnya memahami. Bukan buat-buat tak peduli.

Itu sahajaaa.

Firstly, terima kasih sebab akan tunaikan wishlist akuu. Walaupun lambat sikit, tapi takpelah aku ni taklaa kesah sangat (( ceh poyoo )). Biasalah tuuu bila kau akan rasa sendu sikit bila orang sebelah sebelah kau dah dapat hadiah, pastu kau takde ahaha nasib aku tahu memang kau nak bagi lambat. Its okay, terima kasih sekali lagi.

Selain daripada wishlist...

aku nak ucap tahniah juga sebab dah jadi boss kami, untuk skuad phantom sepanjang setahun ni ((tepuk tangan semuaaaa)) dan jugaaa tabah jadi pairing aku (?) Maafla sebab banyak membahan dari buat kerja. Banyak mengelat dari ikut arahan. Banyak menyorok dari tugasan.

Sumpah, yang paling busy untuk semua kerjaaa adalah kau. Kau yang tak menang tangan untuk semua benda. Dari teknikal sampailah multimedia. Daripada sekecik kecik wayar sampai ke sebesar besar wayar kau handle. Setakat kawal PA System, buat backdrop slides, buat video yang buruk tu jee curahan bakti yang aku buat sepanjang ini.

Ya Tuhannnnn memang betulla hakikat orang cakap aku MEMANG TAKDE FUNCTION.

Maaf sangat sangat sebab kau terdapat partner useless macam aku ni. Hari tu masa kau cakap menyesal pairing dengan aku, taktahu kenapa aku sedih wei. Gentle. Dah lah kau cakap time dah habes sekolah, aku taktaula kau gurau ke apa tapi kau expect aku rasa apaaaa. Aku sedih wei. Sedihlah, habistu selama ni memang dah menyesal lepastu taknak ngaku.

Aku je macam muka tembok rasa diri macam bagus.

So sekarang ni, aku tak kesah la kau nak menyesal ke apa. Ataupun kau pernah kutuk aku ke apaa kat orang. Tapi aku minta maaf sesangat tulus dari hati sebab tak mampu jadi penolong yang baik. Tercakap belakang. Terngumpat. Mengeluh. Membahan. Semuanyalah.

Sebab kauuu,

aku kenal lah jugak wayar wayar belakang dewan tu. Merah untuk apa, kuning untuk apa, hijau untuk apaaa, macam mana nak setting pa system, nak setting projecter dan harituh kau ada ajar macam mana nak buat video, even tak banyak atleast aku dapat belajar benda yang aku taktahu. Dan jugaa sebab kegigihan kauu, heret aku handle majlis, aku kenal situasi macam mana nak berurusan dengan cikgu. Macam mana nak layan karenah cikgu yang always nak benda benda perfect. Sampai kena marah lah satu hari tu. Hm. Terima kasih wehh. Kau nampak macam aku tak pernah kenang jasa kauu, tapi sebenarnya tak... aku ingat je.

Kau ingat tak masa hari guru... Masa formfive yang kena handle majlis tu.

Kau suruh aku buat backdrop slides. Kau janji dengan aku esoknya nak bagi gambar cikgu masuk dalam slide tu. Tapi pagi tu aku nampak kau. Kau macam buat buat tak nampak aku. Atau kau memang tak nampak aku pun. Yang aku tahu malam semalam tu kau kata kau takde esok. Kau kata kau nak belajar, ada banyak benda tertinggal sebab tak masuk kelas.

Aku tanya zul, kau manaaa tapi dia kata kau tengah serabut pasal benda lain. Banyak kali aku tanya kau manaa. Tapi bila Zul cakap " ya Allah kau cari dia lagi kenapa aku kan dah cakap, dia takkan ada. Kau nak apa, nanti aku tolong." Aku terus diam, aku bukan apa wei setiap program kau ada, tapi harituh bila kau cakap kau takde dan kau betul betul takde, be likee hmm. So aku pun minta zul gambar cikgu tu. Bila dah dapat, aku transfer setting baik baik dalam laptop aku. Sampai lah majlis mulaa, aku tak nampak kau langsung wei. Masatuuu firsttime aku kabut sensorang handle laptop, dahla takde raptai. Gelabah tahap dewaa. Tangan aku berpeluh sampai mouse pun tak dapat detect. Nak naikkan sound pun aku dah taktau.

Daripada aku selama ni tak pernah cakap dengan mana mana lelaki selain kauu, haritu aku dengan kabutnya minta tolong dorang. Dengan aku sensorang kat situ, ramai lelaki serbu be likeee ya tuhann apani apani. Makin gelabah kau tau. Nasib baik semuanya berjalan lancar. Lepas habis, aku tersandar kat kerusi, dahlah lapar. Pastuuu lelaki pas dekat akuuu coklat cloud 9 jeee. Kau expect aku boleh kenyang ke beb, bagilah aku ayam sekor ke, barulah best.

Tapi aku tak ambil hati pun ngan kau untuk haritu. Pengalaman baru untuk aku.

Aku tahu kau pun busy, banyak benda kau dah buat. Haritu, aku belajar supaya jangan bergantung sangat dekat seseorang, mungkin.

Dan... kau ingat tak waktu aku tengking kau kat postguard pasal satu masalah tu. Taktahula kenapa waktu tu aku geram sangat dengan kau. Aku rasa pandangan kau berat sebelah. Dan aku rasa kau cukup tak adil waktu tu. Memang tak dinafikan niat kau baik, cuba nak baik kan dua pihak. Sebab aku rasa kau lebih rapat dengan pihak sana maybee kau lebih fikir diorang betul daripada kitorang. Tengoklaa dalam unit kita sendiri, kau pun lebih ngam dengan orang lain banding aku.

Sorrylah, aku sedar aku ni takla seperamah mana. Lainlah diorang yang dah biasa bergaul dengan lelaki. Bila aku partner dengan kau, baru aku belajar cane nak communicate dengan lelaki untuk sesuatu organisasi. Sebelum ni mana pernah, seriously. Mungkin sebab tu aku awkward lebih. Jujurnyalah, waktu first time kau tanya pasal ict dekat aku melalui whatsapp, tangan aku macam ice berg tau, punyalah takut nak cakap dengan laki. Balas chat kau pun takut sangat silap tulis.

Dahlaaaa. Semuanya aku dah buang jauh jauh. Apapun pandangan kau terhadap aku, its okay uptoyou.

Cuma. Terimalah maaf aku okay. Thats all.

Aku tahu orang macam kauu akan pergi jauh dalam apa apa pun bidang, percayalah. Kat U nanti jangan skip kelas sebab busy busy lagi broo. Nanti dah berjaya dah famous dah banyak fans jangan lupaaaaaa aku disini ahahahah. Dan waktu tu kau mesti lebih pro kan. Silalah buat video prewedding aku secara percumaaa eceee kahkah. Oktakdelah gurau.

Goodluck !

p/s ; act post ni dah lama ada dalam draft, tapi aku malu nak publish ~

Related image

Post a Comment

0 Comments