Histeria.

ASSALAMUALAIKUM

Creepy Anime Wallpapers - Top Free Creepy Anime Backgrounds ...

Happy New Year evelibadi. 

Jangan pelik sebab aku tak buka new year aku dengan tulis pasal goals aku ke apaa. Sebab bosan gak cerita pasal matlamat aku ni actually. Aku pangai Mat Jenin sikit, cakap nak buat tapi hampeh muahaha. Fyi, aku tak buang tabiat au tulis entry seram sempena tahun baru ni ehehehe. 

Tak seram pun, cuma peringatan bersama.

Pagi tadi masa time sarapan, adik aku buka cerita pasal bebenda alah ni. Dia kata sebab dia baru terbaca kat instagram. Eleh tak duduk asrama bolehlah cerita bukan bukan. Kau tengok malam ni, ha tersadai elok tidur bilik ummi ngan abah. Dasar tak tahu maluuu kahkah.

Dia cerita kat aku macam macam yang dia baca. Sebab dia baca insta @lawak.student so apa yang di story balik balik sekitar life as student juga. Cuma aku actually bukan la nak cerita pasal apa yang dia cerita kat aku. Hengkorang boleh buka insta tu sendiri, dan baca sendiri (( aku tak rajin nak cerita agaga )). Aku nak kaitkan pasal benda benda ni dengan apa yang aku dah tempuh sepanjang tahun 2018 aku kat samten.

2018. Means dimana aku dan kawan kawan finalyear dan merangkap tahun yang pegang title senior. Nak taknak tahun tu, asrama kami diuji dengan gelombang hebat. Yang mana fenomena ni tak terjadi pun tahun tahun sebelumnya. Maksudnya dari aku form 1 sampai form 4, asrama gentle baik dan harmoni. Setakat gangguan kecil adalah, but tak teruk pun. Dan kami yang senior nilah yang rasa berat bila jadi macam ni. Sebab umur paling tua en, so kalau jadi ceni yang paling tua tula dianggap paling berani em walaupun.

Pernah sekali tu, paling dahsyat dan agak ramai yang histeria lepas je blackout malamtuh. Aku fikir blackout biasa je tau. Aku pun dengan terkapai kapai dalam kesamaran tu cari member member aku. Sebab waktu blackout tu aku kat dm. Tengah syok makan lah katakan. Bila orang keluar dm aku pun follow tapi part nak cari slipper, tu yang aku lembab habis. Then berpisahlah dengan kawan kawan aku. Kawan kawan aku ni budak budak olahraga, em biasalah kan bila dah takut tu menapak semua cabut. Padah bilaa kau rabun, degil taknak pakai spek. 

Moral #1 - kalau rabun, sedar diri.

So bila aku dah selamat kat dataran aspuri, aku pilih untuk statik sebab kalau gerak nanti tak pasal pasal aku langgar semua benda.

Cuma biasalah, bila blackout ramai yang jerit. Yang buat buat jerit tu paling aku nyampah teruks. Kalau boleh sumbat stokin sebulan tak basuh, dah lama aku buat. 

Dalam pada aku cuba rileks, tetiba ada budak bebetul sebelah aku. Dia jerit kuat gilaaa lepastu gelak gelak macam mengejek. Aku pun setapak setapak undur ke belakang, pastu aku blah. Orang lain pakat sambut dia sebab dia makin mengganas. Bulu roma aku dah tegak wei, memang gila kalau aku duduk situ lagi. Yang sambut tu mostly kawan kawan akulah. Sebab formfive yang waktu tu acikguard kata, warden call sementara diorang otw, diorang harapkan kami. 

Aku tak tahu taraa mana kekuatan aku. Nak kata aku lemah, aku elok je waktu tu. Cuma terkejut la bila dia jerit sebelah aku. Nak kata aku kuat, em entahlanak. Aku tak memilih untuk tolong sambut, dan tak memilih untuk takut sangat even ramai dah nangis masatuh.

Bukan sebab aku taknak tolong, tapi umi ngan abah memang takbagi aku dekat bila ada orang kena histeria. Maybe waktu darjah empat aku dah pernah kena. Sejak tu umi ngan abah langsung larang aku lebih lebih tengok cerita hantu, masuk rumah hantu, dan tolong orang ubat ubatkan ni. Walaupun alhamdullilah, aku dah takpernah kena dah lepastu. Cukuplah sekali hijab terbuka, kalau aku diberi pilihan, aku taknak langsung wei.

Yang aku rasa macam nak tergelak juga masatuh, 

aku tengah cuba tenang duduk sorang sorang. Tengah tengah kumat kamit baca apa yang patut, sebab cuba kuatkan diri, tetiba ada dua tigaa orang terpa belakang aku. Peluk aku kuat kuat. Speechless teruks mak. Dalam pada masa yang sama, aku terkejut gak actually. Aku fikir apa bendalah yang datang kat aku, mahu tak terenjat aku time tu. 

" Kakkk kitorang takut kak..." ada beberapa budak form one nangis nangis dekat bahu aku. Waktu tu aku seriously diam je. Tak tahu nak cakap apa. Tak pulaa aku usap usap belakang ke suruh tenang. Sungguh aku tak buat apa apa. Entahlah aku ni jenis susah sikit nak berkasih sayang ni. Pelik en, maaflah dik kalau buat korang menyesal ada senior macam ni ahahahaha.

Then, sebelum aku blah aku cakaplah, baca ayat kursi tiga kul semua tu dan jangan takut sangat apa semua. Tak sepenyayang aku pun, aku still tarik dorang duduk ramai ramai ngan member member diorang, buat buat cool, pastu bagi yasin sorang satu. Bijak tak? Lol :)) Nasib takde sape tanya akak bagi yasin buat apa, kalau tak memang nak kena ketuk.

Moral #2 - Tak penyayang takpe, tapi kena nampaklah macam penyayang lol (( tapi kalau boleh jadilah penyayang barulah jadi akak fav ahahaha )).

Malamtuh aspura tak henti henti baca ayat quran kat mic. Bila dah agak okay, lampu semua dah ada, aku malas nak fikir banyak apa jadi dengan budak budak yang kena tuu, sebelum orang lain tidur dan asrama senyap aku landing siap siap atas katil dan tidur. Sebab aku jenis takboleh tidur bila senyap senyap ni nanti mulalah otak aku mencerna gayung bergerak sendiri, benda atas locker, katil takde orang tetiba ada orang, pintu locker buka tutup AHAHAHA.

Dan lepas peristiwa tu, aku fikir semuanya akan okay. 

Tapi, sejak peristiwa tulah setiap hari akan ada orang yang kena. Aku macam biasa dengan rutin aku sendiri tak kesah orang. Cuma terseksa jugalah sebab kau nak belajar stay up lewat malam tapi kau takut dan terpaksa tidur awal emm. Lagi lagi dorm aku sebelah bilik warden yang kosonggg hmmm.

Ada lagi cerita aku ni kahkah. Kalau rasa bosan, boleh la blah :')

Pernah satu malam tu, nak menjangkau pukul satu pagi macamtuh. Aku macam biasalah habit aku kalau takde benda nak membawang, mesti aku akan tidur awal. Balik prep je, tidur terus. Sooo, tengah sedap sedap tidur, aku dengar bunyi bunyi bising. Aku tahu masatuh budak budak dorm aku ada yang tak tidur lagi. Sebab timee tu trial pt3 ke exam sebenar entahlah tak ingat. Aku jenis pantang sikit lah ahaha kalau tengah tidur ni orang buat bising. Such a no respect. Apatah lagi waktu tu memang masa untuk tidur. Kalau waktu lain macam petang ke tengahari ke aku tidur orang buat bising, aku tak kesah lah.

Waktu tu aku macam merungut lah kuat kuat suruh senyap sikit. But, still bising pastu dengar orang tendang tendang pintu dorm. Meracau kuat kuat. Bunyi kejap macam nangis, kejap macam gelak pastu carut carut marah. 

Dah rasa lain macam, aku bangun terus.

Rupa rupanya ada budak dorm aku kena rasuk. Aku macamm, ya Allah kenapalah masani. 

" Kak, nak buat apa ni?" kawan kawan dia tanya aku dengan kawan kawan aku. Ada tiga orang je form five termasuk aku. Aku diam jeee (( rasa macam ketua dorm takgunaa pun ada bhahaha ))

Lastly panggil kawan aku kat dorm atas. Dia sorang je yang memang mahir la untuk ubat ubat gangguan ni. Serious aku respect dia, baru bangun tidur pun still berjaya juga keluar makhluk tuu dari badan budak tu even ambik masa sikit. Superwoman ohhooo. Aku pernah lah juga tanya, macam mana dia boleh ubat ubat orang. Dia kata, semua orang boleh je sebenarnya. Just yakin dengan ayat alquran yang kita bacaa, jangan takut dan percayaa Allah tu adaa tolong kita.

Dan malam tuu, gentlee aku takboleh tidur. Haish part paling aku tak sukaa dalam banyak banyak masa kat asrama. 

Actually banyak lagi benda yang berlaku kat asrama sepanjanggg 2018. Tahun espiyem, goes tahun yang paling mencabar. 

Dan aku doakan moga tahun ni semuanya akan baik baik belaka okay :') Selamat pulang ke asrama anak anak muah.

Post a Comment

0 Comments