Jangan Malu, Jangan Segan :)

ASSALAMUALAIKUM



Okay gais, entri kali ni aku takboleh cakap bebanyak takut berjela lak ha panjang. 

Lepas kemas segala harta benda khazanah milik aku dalam storage box apa semua, hasilnya banyak buku yang aku nak let gooo. Jadi daripada aku biarkan dia menggunung tanpa disentuh, better la aku berikan pada yang sudi okays. Dan actually buku buku ni bukan daripada aku sorang, kawan kawan aku pun ada tumpang sekaki. 

During spm weeks, aku tak menyempat nak geledah buku buku ni nak bagi form 4. Otak mikir nak prepare diri dalam dewan jah ahaha tak fikir benda lain dah. So yah jangan malu dan jangan segan boleh lah memilih memana yang berminat :)

Cuma, aku lebih utamakan untuk batch yang bakal masuk form fivee sekolah aku dulu. Sebab nak senang bagi ehehehe. Kalau ada sesiapa selain daripada samten yang berminat, boleh je drop komen kat bawah ni. Tapi kalau ada lebih dan ada rezekilah okay. Dan juga kalau aku baik hati untuk pos dan sebagainya.

   

Buku teks Ekonomi, Prinsip Perakaunan, Sejarah F4, Sejarah F5
Bilangan buku: Ekonomi (2), Prinsip Perakaunan (2), Sejarah F4 (2), Sejarah F5 (1)

Buku buku teks ni sangat bergunaaa bila kita dah masuk form 5. Rata rata batch kitorang beli buku teks sebab nak revise apa yang dah baca masa f4. Kitorang tak percaya sangat buku rujukan sebab silibus baruu ekonomi dan akaun. So sangat untunglah orang yang dapat buku ni sebab kalau nak beli baru ofkos mahal en. Keadaan buku pun, masih elok dan cantik.


eNotes Sains, eNotes Sejarah, Contoh Karangan SPM Bahasa Arab
Bilangan buku: Semua hanya ada satu sahaja

Buku buku eNotes ni pun serius best. Adik adik dorm aku selalu pinjam ehehehe.




Buku-buku latihan Matematik F4 & F5
Bilangan buku: Semua hanya ada satu sahaja

Kitorang sedaya upaya kumpul buku buku yang kebanyakkan nya kitorang tak buat lagi. So, inshaallah keadaan buku masih elok :)








Buku latihan dan rujukan Matematik Tambahan F4 & F5
Bilangan buku : Semua hanya ada satu sahaja

Kalau buku Addmath aku jamin keadaan elok sokmoo ahaha. Aku sarankan korang ambillah buku modul pengajaran dan pembelajaran sebab aku rasa every year cikgu guna buku yang sama. Cuma kulit buku je lah yang berubah. Hm tapi taktaulah pula tahun depan. Prepare jelah atleast selamat duit kau hehe. Buku atomm pun best juga. Soalan gempak gempak genggg ((Addmath pernah ke tak gempak huehue))



kemahiran proses sains ni penting juga. dia membantu korang jawab section c sebab banyak eksperimen. tapi kalau dah ada takpelah. incase kalau hilang ke apa, ada spare.




 Buku Rujukan dan Latihan Sains F4 & F5
Bilangan: Semua buku ada satu sahaja



 



Buku Rujukan dan Latihan Bahasa Inggeris F4 & F5
 Bilangan buku: Semua buku ada satu sahaja






Buku Rujukan dan Latihan Bahasa Melayu & Contoh Karangan
Bilangan buku: Semua buku ada satu sahaja

bm spm susah tauuuu. so ambillah, buatlah latihan banyak banyak :3










 Buku Rujukan dan Latihan Sejarah F4 & F5
Bilangan buku: Semua buku ada satu sahaja

Semua buku sejarah ni bukan aku punya, tapi kalau nak pm je aku. Rugi tau tak ambil buku buku sejarah ni sebab semua ni kawan aku punya, dia setiap kali exam budak top sejarah dalam kelas and form maybe. Kertas 3 diaa memang selalu perform. Timee trial dapat 100. So kalau korang dapat buku ni, manatau ada selit selit tips kejayaan ahahaha.



Buku Rujukan Ekonomi dan Prinsip Perakaunan
Bilangan buku: Semua buku ada satu sahaja

Antara buku rujukan ekonomi ngan akaun yang boleh dipercayai :)




 Buku Latihan Ekonomi & Prinsip Perakaunan
Bilangan buku: Semua buku satu sahaja

Buku latihan untuk subjek ekonomi ngan akaun takbanyak. Sebab kami batch pertama silibus baru. So mengharapkan cikguu yang bagi je.



Random
Bilangan buku: Semua buku satu sahaja

Yang atas ni sis tertinggal nak masukkan sekali dengan atas tu ahaha takpela. Letak jela as random books uhehe. Hah penat udahh upload. So pilihlahh.

Kalau berminat, silalah ikut step bawah ni hokay. Aku taknak nanti berserabut pula otak aku sorang tanya ni, tetiba sorang tanya apa pula eheheh.

Step 1
Pilihlah mana mana buku yang korang berminat.

Step 2
Screenshot buku yang korang nak tu, lepastu boleh dm aku dekat insta (( @qudwahhh )).  Atau, kalau nak drop komen kat bawah post ni, just letak nama tajuk buku tu. Or, yang ni untuk sesapa yang tahu no whatsapp aku, screenshot dan boleh terus ws je. Jadi tiga ni je yang aku boleh terima [instagram, blog, whatsapp]

Step 3:
Nanti aku reply sama ada buku tu available lagi ke tak. Kalau tak available dah, kena pepandai redha lah eh maknanya dah ada orang nak. Ahahaha kena percaya kuasa rezeki memasing. Yang penting, jangan malu dan jangan segan :)

Step 4:
Kalau dah dapat, kena tunggu bulan 3 tahun depan aku datang ambil result baru aku bagi eheheh. Alaaa takpelah lambat sikit, dapat percuma apa. Takyah kau susah susah keluar duit pergi kedai buku untuk dapatkan buku buku tu. Lagipun bulan satu bulan dua, kau seronok orientasi form 1 lagi, spm vibes tak mungkin sampai dalam jiwa kau lagi muahaha.

Tapi ada satu syarat ah. Bulan 3 nanti, jangan tanya result guweee okay kalau taknak rasa kena sumbat stokin dalam mulut ahaha okay gegurau jer. Doakan batch kami! Dikurniakan result gempak gempak. Inshaallah, amin. 

Hengkorang jugak, goodluck. Moga terus maju dengan jayaanyaa.

Bubyee.

p/s: Memandangkan lepas ni dah kena daftar stam, aku buka sampai 3/1/2019  je tauuu. So boleh pm cepat cepat :)

Post a Comment

0 Comments